MASA ITU AKAN TIBA JUGA...

berjalanla tanpa henti wahai waktu...

aku hanya mengikut arahmu..

berpaksikan kuasa Allah Taala...


Sunday, February 13, 2011

renungan memujuk....

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita  akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telah pun dibukakan untuk kita.Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang kita boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.
Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang
kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh
cinta anda bukanlah satu kepastian yang dia akan menyintai kita
kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia
untuk mekar di dalam hatinya tapi sekiranya ia tidak
,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut,
carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram.Carilah yang membuat hati kita tersenyum. akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi kita dan memeluknya
dengan sebenar.
Mimpilah apa yang kita ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang
ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita
hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin kita lakukan.
Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
  kitamenarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita
kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia .
Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang,jika kita rasa
ianya menyakitkan kita, fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang
terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. kita tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa kita dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila anda mati
nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula
yang akan menangis.


Wassalam

No comments:

Post a Comment