MASA ITU AKAN TIBA JUGA...

berjalanla tanpa henti wahai waktu...

aku hanya mengikut arahmu..

berpaksikan kuasa Allah Taala...


Wednesday, October 30, 2013

istiharah cinta

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta..
 
 
jalan terakhir ku......
tawakaltuallah...

Monday, October 14, 2013

muhasabah diri...

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa." (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Saat Syaitan mengoncang iman dengan lajunya...seperti tidak ada ruang untuk aku berzikir dan menarik nafas untuk bertenang... ya Allah mengapa begitu kuat syaitan ini menyeksa diri ku... di letak pelbagai prasangka.. di campur adukkan dengan bisikan bisikan jahatnya .. walaupun tidak sesedap syair syair cinta ..aku terus bertarung dan terus bertarung dengan godaan syaitan laknatullah ini. Tidak berhenti henti aku berdoa kepada Allah.. peliharalah aku ya Allah..peliharalah aku dari godaanya ya Allah..

Ku ulang zikir di pc ku berkali kali...ku ulang bacaan yassin berkali kali... akhirnya dapat juga ku kecapi sedikit ketenangan. Muhasabah diri..... Prinsip hidup ku mudah.. jika kau jujur dengan ku insyallah Allah pelihara perhubungan ini.

Dari pagi hingga ke petang aku berdoa kepada Allah moga dilembutkan hati ku.. kerana hati yang keras susah untuk ditenangkan. Alhamdullilah Allah kurniakan ketenangan. Aku cari laman laman nurani yang dapat menjirus sedikit keimanan ke dalam hati ku....

Akhirnya terasa seperti berbual dengan Allah....

Al-Muzammil Ayat 10 -11 "Bersabarlah terhadap apa yang mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku bertindak terhadap orang orang yang mendustakan yang memiliki segala kenikmatan hidup dan berilah mereka penangguhan yang sebenar. "
Terimakasih ya Allah aku yakin janji mu benar

Prasangka itu adalah racun. Bukankah lebih baik untuk mendapat kepastian tentang sesuatu cerita, kita bertanya kepada tuan punya badan. Apabila kita bertanya kepada orang lain takut cerita yang disampaikan itu tidak benar.. bila tidak benar bukankah itu FITNAH!!!... kalau tidak kita tinggalkan saja dengan cara yang baik.
Menceritakan keburukan orang memang seronok, seperti mengunyah daging BBQ.. Ya Allah kau jauhkan aku dan keluargku daripada perbuatan yang sia sia ini. Tapi bagi mereka yang di umpat.. mari kita baiki diri, kerana kita pun bukan sempurna. Kita perlu di umpat untuk kita sedar diri. Tapi jangan kita gundah gelana kerana pahala orang mengumpat hal kita tu.. free free dapat kat kita. Mungkin mereka dah kaya dengan pahala. Tapi kepada orang yang suka mengumpat itu, berjimat cermatlah di dunia takut kita muflis di hari kemudian. (PERINGATAN!! untuk diri saya juga)
Jangan berpura-pura, makin ramai yang ku lihat.. mereka mampu bergelak ketawa bertepuk tampar tapi di belakang mereka megutuk sesama mereka


Ya Allah peliharalah hati ku ini dari suka berprasangka dan suka mengata.... kerana perbuatan ini akan menjauhkan aku dari kasih sayang Mu Ya Rabb..... Sesungguhnya yang baik itu dari ALlah dan yang buruk itu dari diriku yg hina ini...



Wednesday, October 02, 2013

how to trust...dengar bolehlaa...percaya maaf....sorryla sayang ooi...

trust?? ape tu trust??

KEPERCAYAAN ITU IBARAT KEPERAWANAN..
SEKALI HILANG..
HILANGLA SELAMANYA..

PLS NOTED OKEH!!!!BG ORG YG SUKE MENGHIANATI ORANG LAIN...

langsong aku serik percayakan manusia skg ni..sepatah perkataan pon xkan aku percaya...
aku cume boleh dgr dan iakan jeq..sampaai 1 mase benda tu btol2 terbukti...time tula ak boleh percaya..


HEY..HEY..
ingat kpercayaan tu boleh beli kat pasar ke...mcm beli ikan...sekali beli terus buang...susah tau kita nk percaya..tp sekali org khianati..mmg xla...aku nk percaya..tiada peluang kedua utk kpercayaan....

apepon apa yg terjadi...aku serahkan pada Allah...bg la aku 10000 alasan pon..kpercayaan tu xkan pernah ada....aku serahkan bulat2 pd Allah..kerana aku yakin dgn kuasa doa yg Dia dh bg....Dia akn bantu memudahkannya.....


cakapla apepon aku xkan pernah sesekali terpercaya...dgn izin Allah..keajaiban akn berlaku...
aku hanya mmpu menurut dgn perjalanan takdir Allah ini...aku yakin setiap manusia ada bahagian masing2.Allah dh tetapkn semua dah. Allah dah buat perjalanannya,kita cuma tinggal berlakon dipentas dunia.....dgn menjadi khalifah di muka bumi..

PETUNJUK KE??

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWARAKATUH...

wow!!!
amazing life!!!
Allah is the best...
sentiasa ada dalam hati dan jiwa kotor aku nih..walaupon ak ni banyak dosa,tp Allah sentiasa ada disaat aku perlukanNya..amazing!!!!!

with Doa we can change everithing!!! trus me okeh!!!.usaha+doa+tawakal


Kali pertama bumi diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT ;

"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.


Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku buki iaitu gunung –ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat selain api, Ya Rab?" Tanya malaikat lagi.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, kerananya dapat membawa air ke maan pun ia menghembus." Jawab Allah SWT.

"Tapi Ya Rab, adakah lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu NAFAS hamba-Ku yang BERDOA kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu."

Demikian Allah SWT menjelaskan.

(Hadis Kudsi)


Sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang terus menerus berdoa.

(Hadis Riwayat Al-Auza’i)



"Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina"

(Surah Al-Ghafir 40: Ayat ke 60) -sumber-
 
 
 
begitu hebatnya doa kan..aku akan sentiasa berdoa siang dan malam tanpa jemu,aku yakin Allah akn makbulkan permintaanku samada cepat atau lambat,setiap apa yg trjadi pasti ad hikmahnya..
 
aku yakin andai Allah xmakbulkan permintaan pasti Dia sdg merancang yg terbaik untuk aku,krana rancangan Allah adalah rancangan yg terbaik,..amin yaAllah....
 
 
selagi Allah beri aku peluang,selagi Allah beri aku nyawa,aku xkan pernah berhenti mendoakan kau bahagia di dunia mahupun diakhirat..