MASA ITU AKAN TIBA JUGA...

berjalanla tanpa henti wahai waktu...

aku hanya mengikut arahmu..

berpaksikan kuasa Allah Taala...


Wednesday, October 02, 2013

PETUNJUK KE??

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWARAKATUH...

wow!!!
amazing life!!!
Allah is the best...
sentiasa ada dalam hati dan jiwa kotor aku nih..walaupon ak ni banyak dosa,tp Allah sentiasa ada disaat aku perlukanNya..amazing!!!!!

with Doa we can change everithing!!! trus me okeh!!!.usaha+doa+tawakal


Kali pertama bumi diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT ;

"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.


Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku buki iaitu gunung –ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat selain api, Ya Rab?" Tanya malaikat lagi.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, kerananya dapat membawa air ke maan pun ia menghembus." Jawab Allah SWT.

"Tapi Ya Rab, adakah lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu NAFAS hamba-Ku yang BERDOA kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu."

Demikian Allah SWT menjelaskan.

(Hadis Kudsi)


Sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang terus menerus berdoa.

(Hadis Riwayat Al-Auza’i)



"Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina"

(Surah Al-Ghafir 40: Ayat ke 60) -sumber-
 
 
 
begitu hebatnya doa kan..aku akan sentiasa berdoa siang dan malam tanpa jemu,aku yakin Allah akn makbulkan permintaanku samada cepat atau lambat,setiap apa yg trjadi pasti ad hikmahnya..
 
aku yakin andai Allah xmakbulkan permintaan pasti Dia sdg merancang yg terbaik untuk aku,krana rancangan Allah adalah rancangan yg terbaik,..amin yaAllah....
 
 
selagi Allah beri aku peluang,selagi Allah beri aku nyawa,aku xkan pernah berhenti mendoakan kau bahagia di dunia mahupun diakhirat..
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment